...musim bunga da tiba

Saturday, March 5, 2011

...MENGENAI WANITA DAN KUBUR

lelaki dan tidak lebih rendah.

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada  Rasulullah akan hal  tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang  yang penyayang tidak akan sia-sia".
 
 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya  1,000 kejahatan.
 
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak  bersalin, maka Allah  mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
 
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara  anaknya yang  sakit, maka Allah memberinya pahala seperti  memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan   orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
 8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari  pasar ke rumah) lalu  diberikan kepada keluarganya, maka  pahalanya seperti    bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah  memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa  bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,        masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
 
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih  besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,  "Suaminya. "Siapa pula  berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang  ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup       pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau  tiga saudara   perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia  bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan  penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu     daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah         sebenarnya yang  membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu  sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada 

No comments:

Post a Comment