...musim bunga da tiba

Saturday, January 29, 2011

anda belum matang dalam percintaan sekiranya...

MENGHABISKAN nilai kad telef0n pra-bayar untuk berbual dengan 'kekasih'sedangkan wang untuk membelinya daripada kiriman ibu bapa anda.


RELA menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, untuk melihat gadis yang anda 'cintai' melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres (kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung.


MEMARAHI bahkansanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki-hamun atau dihina oleh wanita yang diminati atau dicintai.


SANGGUP membaca n0vel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam temp0h sehari, padahal tidak pernah membaca al-Quran walaupun satu muka surat setahun.


ASYIK terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak anda temui.


SUSAH hati jika tidak menerima surat, e-mail, atau sms daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita, menalifon atau memberi sms kepada bapa anda di kampung.


MEMAKAI pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika solat.




LEBIH banyak mengucapkan kalimah 'I Love U' berbanding kalimah zikir seperti ;Subhanallah, Alhamdulillah dan Allah hu Akbar.