...musim bunga da tiba

Friday, March 11, 2011

...beRtuDunG VS beRfEsYen...

Baju nipis nampak bayang,
Peha gebu saja ditayang,
Lebih baik tak pakai baju senang,
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang.

Baju ketat seluar sendat,
Pakai tudung just ikat-ikat,
Dari mula memang bukan adat,
Disudut agama pun gaya tak berkat.

Tudung jarang baju nipis,
Pakai sikit boleh nampak habis,
Mata orang terbeliak kita membengis,
Bila kena kutuk kenapa menangis??

Bertudung bergaya biarlah sempurna,
Jangan pula menambah dosa,
Tak usahlah terlebih bergaya,
Islam itu suka yang sederhana.

Kebaya ketat kain terbelah,
Ikat tudung macam tak sudah,
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah,
Tapi islam sebenarnya indah.

Bertudung itu bukan paksaan,
Ianya lebih kepada keinsafan,
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan,
Itulah pasal fesyen pun yang bukan-bukan.

Menutup aurat satu syariat,
Arahan agama wajib ditaat,
Hidup berkat pahala berlipat-lipat,
Di dunia selamat di akhirat hebat.

Andai dihati redha dan ikhlas,
Di wajah nur terpancar jelas,
Walaupun bergaya tak berapa kelas,
Asal Allah tahu diakhirat pasti dibalas.

Andai terasa hidayah menyinggah,
Lakukan yang betul mengikut sunnah,
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah, 
Mengapa diperleceh, itukan perintah!

Bukan sengaja mencipta yang bukan-bukan,
Berpantu seloka bukan setakat hiburan,
Yang mana betul jadikan pedoman.
Kalau salah harap dibetulkan.

No comments:

Post a Comment